HASPALELA MOHD NOR

Beliau menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur – British Malaysian Instititute didalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi. 

Telah terlibat dalam dunia latihan kemahiran atau Technical and Vocational Training (TVET) hampir 19 tahun. 

Beliau berpengalaman mengendalikan latihan kemahiran dalam bidang Elektrik selama 8 tahun bagi melahirkan pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1-3 dalam bidang Elektrik. 

Selepas itu beliau banyak terlibat dengan mengajar pelajar Sijil Pengajar Vokasional (VTO) kepada bakal-bakal guru kemahiran sama ada secara sepenuh masa atau pengiktirafan berdasarkan pengalaman (PPT) hingga 2022. 

Beliau juga terlibat sebagai panel pertauliahan lantikan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi pertauliahan progam Elektrik dan Train the Trainer di pusat latihan kemahiran yang berdaftar di bawah JPK. Disamping itu, beliau banyak terlibat dengan bengkel Pembangunan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dan Soalan Latihan Kemahiran di Pusat Latihan berdaftar di bawah JPK. 

Beliau juga berpengalaman mengendalikan program-program pembangunan sahsiah diri diperingkat sekolah, IPTA/IPTS dan korporat di sekitar Malaysia.

PENGIKTIRAFAN PAKAR JPK