ABOUT US

INCEPT merupakan singkatan dari International Center for Professional and Technical Education. 

INCEPT dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat HMN Professional Services Sdn. Bhd., sebuah pusat latihan kemahiran terkemuka yang ditubuhkan untuk menyediakan program-program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan kursus-kursus pembangunan profesional. 

Kami mempunyai fokus yang kukuh dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri. 

Pengiktirafan

Semua program kami diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Human Resource Development Corporation (HRDC). 

INCEPT juga merupakan Pusat Penilaian Amali Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT) bagi Persijilan Kemahiran Malaysia, termasuk bidang-bidang seperti: 


Pengiktirafan 

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Sebagai pusat yang berdaftar dengan JPK, kami menawarkan latihan dan program persijilan yang memenuhi keperluan National Occupational Skills Standard (NOSS). 


Calon untuk program PPT perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan, kecuali untuk Train the Trainer, di mana pengalaman mengajar selama 1 tahun diperlukan.


Moto

BROAD MINDED - HIGHLY SKILLED - STRONG VALUES

Nilai Teras

Misi & Visi

VISI

Menjadi pusat latihan kemahiran TVET dan pembinaan karakter yang unggul bagi golongan professional di Malaysia


MISI

1. Kami adalah Pusat Latihan TVET yang meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam berbagai bidang pekerjaan TVET.

2. Kami menambah nilai professional dalam persijilan yang diikhtiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, dengan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM).

3. Kami membina para professional TVET yang berjiwa besar, berilmu dan berkarakter unggul dalam pekerjaan dan kehidupan.

4. Meningkatkan taraf hidup masyarakat yang lebih progresif dan sejahtera.

Kelulusan Dari JPK

Ketua Pelatih INCEPT

Dengan pengalaman hampir 19 tahun dalam industri TVET, Haspalela telah memainkan peranan penting dalam melatih generasi pakar kemahiran dalam bidang Elektrik, Sijil Pengajar Vokasional (VTO) dan Train The Trainer (TTT).