Pusat Penilaian Amali-PPT
(PPA-PPT)
Pusat Penilaian Amali-PPT ialah tempat yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menilai kemahiran seseorang berdasarkan pengalaman kerja mereka.
Melalui kaedah ini, orang yang sudah berpengalaman tetapi tiada sijil formal boleh mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tanpa perlu belajar semula.
Penilaian dibuat melalui ujian praktikal dan teori untuk memastikan mereka memenuhi tahap kemahiran yang diperlukan.
Apa itu Pusat Penilaian Amali
Penilaian amali merupakan pusat yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi Pengikhtirafan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) secara Penilaian Amali atau praktikal tanpa perlu menyediakan bukti pengalaman.
Kelebihan PPT
Kelebihan Pusat Penilaian Amali-PPT adalah:
1. Pengiktirafan Pengalaman Kerja:
Membolehkan individu yang mempunyai pengalaman kerja tetapi tiada sijil formal untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tanpa perlu melalui kursus pembelajaran yang panjang.
2. Penjimatan Masa dan Kos:
Calon tidak perlu menghadiri kelas formal, yang menjimatkan masa dan kos, kerana penilaian hanya berdasarkan pengalaman dan kemahiran sedia ada.
3. Peningkatan Kerjaya:
Mendapat pengiktirafan rasmi melalui SKM meningkatkan peluang untuk kenaikan pangkat, gaji yang lebih baik, dan pengiktirafan dalam industri.
4. Diiktiraf Secara Rasmi:
Sijil yang diperoleh melalui PPT diiktiraf oleh kerajaan dan industri, memberi keyakinan kepada majikan tentang kemahiran pekerja.
5. Fleksibiliti:
Proses penilaian lebih fleksibel kerana ia berfokus pada pengalaman kerja dan kemahiran praktikal individu.
Persijilan SKM PPA-PPT
Di INCEPT
Kami menawarkan pelbagai program persijilan melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang diiktiraf oleh JPK dalam bidang seperti:
Train the Trainer
Digital Marketing (Tahap 3)
Sales & Marketing (Tahap 3)
Office Administration (Tahap 3)